Monday, February 22, 2016

Appreciate





Tapi aku yang selalu ada,
saat kau berduka,
saat kau jatuh,
saat kau lelah,
saat kau sakit,
saat kau keliru,
saat kau sedih,
saat kau kecewa.

Selama ini aku,
bukan dia.
Tapi kenapa?

Pusing-pusing,
masih aku, bukan dia,
yang buat kau seperti bunga.

Hampir aku terlupa
dia watak utama,
aku sampingan.

Andai hati sudah luka,
tidak mengapa,
pergi saja padanya,
sungguh dia lebih sempurna,
pujuk hati dia,
dongakkan dagunya,
beritahu dia,
engkaulah dunia.

Aku tidak mengapa,
aku sihat belaka,
penuh dengan cinta,
senyum sentiasa,
tapi hanya dengan luka.

Bukan aku tidak tahu cerita,
cuma berpura,
dalam kau gembira,
ingin lihat engkau berdusta.

Sabar,
hidup ini sementara,
angkat dia,
sehingga 7 benua.

Terus buat apa yang kau suka,
walau ini semua bukan ku pinta,
andai jalan takdir dibuka,
aku senyum dan terima.

Sebab aku hanya biasa,
paling tak sempurna,
seperti dia,
yang kau sentiasa puja.

Lambat laun kau juga merasa,
waktu itu jangan ditanya,
sungguh aku sudah tiada.


Kerana,
sampai mati aku hanya biasa,
dan tak pernah sempurna.

Senyum engkau yang kupinta,
senyum engkau yang aku puja.

Biar aku terluka,
sampai mati pun terseksa,
janji kau senyum bahagia,
bersama dia.

Sebelum aku terlupa,
nah gula-gula,
moga senyum kau lebih manis,
dan berharga,
buat dia.


-Zhrhs